Assalamualaikum wbt.
Apa yang saya nak share harini ialah sukan yang saya paling gemar sejak saya berumur 10 tahun lagi iaitu bola tampar ataupun dalam inggeris ialah Volleyball. Apa itu volleyball ? .Bagi saya, volleyball bukan sahaja satu permainan malah boleh membina satu keluarga atau teman apabila kita bermain volleyball (vb) . VB merupakan satu permainan yang memerlukan semangat sepasukan yang kuat, saling mengenali, saling mempercayai, saling bantu membantu untuk capai kemenangan, Tidak akan menang satu pasukan jika semanga pasukan itu kurang walaupun mempunyai pemain yang hebat kerana tiada semangat pasukan dan hilang rasa percaya kepada ahli pasukan yang lain. Disini saya ada kongsikan pelbagai video bermula dari teknologi kasut, cara membina gelanggang bola tampar dan semua teknik-teknik yang perlu tahu oleh setiap individu yang gemar bermain bola tampar. lets go!
Dont ever let anyone break your soul.You have to stand on your feet and fight. There are those who would give anything to see you fall, never give them the satisfaction, hold your head up high, put a smile on your face and stand your ground.
Friday, 28 April 2017
HEALTY FOOD PORN
Assalamualaikum wbt.
Siapa yang suka makan tak ingat dunia????? . kita geng !!. Makan - makan jugak tapi kalori pemakanan kena lah jaga. Tak nak lah nanti timbang-timbang naik mendadak. Haaa nanti dah cari supplimen nak kuruskan badanlah, nak diet lah . Kalau salah diet dah datangkan penyakit untuk diri sendiri. Nak makan tak salah tapi tahu setiap kalori yang diambil jangan sampai berlebihan yang boleh menyebabkan masalah obesiti timbul. Sistur ada share beberapa jenis makanan yang enak SUPPPPP!! naik keatas lazatnyaaa. hahahahah. boleh lah tengok dan kalau rajin buatlah dan amal. Selamat mencuba dan selamat beramal !
Siapa yang suka makan tak ingat dunia????? . kita geng !!. Makan - makan jugak tapi kalori pemakanan kena lah jaga. Tak nak lah nanti timbang-timbang naik mendadak. Haaa nanti dah cari supplimen nak kuruskan badanlah, nak diet lah . Kalau salah diet dah datangkan penyakit untuk diri sendiri. Nak makan tak salah tapi tahu setiap kalori yang diambil jangan sampai berlebihan yang boleh menyebabkan masalah obesiti timbul. Sistur ada share beberapa jenis makanan yang enak SUPPPPP!! naik keatas lazatnyaaa. hahahahah. boleh lah tengok dan kalau rajin buatlah dan amal. Selamat mencuba dan selamat beramal !
Thursday, 27 April 2017
ABS WORKOUT
Assalamualaikum semua!
Perempuan dan makanan tidak dapat dipisahkan. Lapar, makan .. stress, makan .. Bahagia , makan .. sakit hati , makan .. terlalu gembira , makan .. hahahahaha . Makan, makan, makan , sampai perut buncit. OH NO!! . Jangan biarkan perut anda membuncit. Jadi bagaimana ingin menyelesaikannya? . haa. yang penting jaga pemakanan kerana 80% datangnya dari makanan dan 20% datangnya dari senaman. Lepas makan3 tu ayuh la bersenam pula , perut tu penting lagi - lagi anak dara kena lah jaga. hihi. Okay, sistur ada share beberapa video untuk menghilangkan buncit. Ayuh mulakan senaman perut!.
Perempuan dan makanan tidak dapat dipisahkan. Lapar, makan .. stress, makan .. Bahagia , makan .. sakit hati , makan .. terlalu gembira , makan .. hahahahaha . Makan, makan, makan , sampai perut buncit. OH NO!! . Jangan biarkan perut anda membuncit. Jadi bagaimana ingin menyelesaikannya? . haa. yang penting jaga pemakanan kerana 80% datangnya dari makanan dan 20% datangnya dari senaman. Lepas makan3 tu ayuh la bersenam pula , perut tu penting lagi - lagi anak dara kena lah jaga. hihi. Okay, sistur ada share beberapa video untuk menghilangkan buncit. Ayuh mulakan senaman perut!.
TUTORIAL PEMAKAIAN BAWAL DAN SHAWL
Assalamualaikum uolss . sekrang macam2 shawl dan bawal terjual di pasaran. kadang- kadang tak sempat nak ikut trend sekarang ni. Bukan jenis tudung je tapi cara pemakaian pun pelbagai. Makin cantik la uolss kalau boleh ikut perkembangan sekarang ni, hahahahah. Tapi macam mana pun cara pemakaian yang penting kene ikut syariat jugak. Cantik plus ikut syariat. waduhhhh. anggun sekali!. okay sistur sekalian, Lets try !!
simple make up tutorials for beginners
hye gais ! welcome to my blog ! Semua wanita sukakan kecantikan. Tipulah kalau ada yang tak suka. Memang fitrah seorang wanita sukakan kecantikan. so, dibawah ni ada beberapa video yang agak senang untuk beginners macam saya untuk follow. Ada juga video yang menunjukkan cara pemakaian eyeliner yang betul, cara pemakaian concealer pada muka. Harap semua enjoy kay ladys!
AYUH SENAM - SENAM YUKKK !!
setiap individu inginkan bentuk badan yang ideal terutama sekali kaum wanita. Kesibukan aktiviti harian menyebabkan sukar untuk menjalani aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Di sini saya kongsikan beberapa video zumba yang mudah untuk mengikut setiap langkah dan boleh dilakukan pada waktu petang atau pagi. Selamat mencuba!!. Majulah sukan untuk negara!!
Sunday, 19 March 2017
RESEPI TERENGGANU
KUIH NEKBAT
Hai everyone!. Pernah makan kuih nekbat?. Tak tahu apa itu kuih nekbat? . haaaa. ni nak bagitahu . Nekbat ni ialah salah satu kuih tradisional terengganu . Kuih nekbat ni biasanya dijual pada bulan Ramadhan di geri- gerai. Nak tahu apa resepinya? . Jom baca dibawah ini .

CARA PENYEDIAAN KUIH NEKBAT

Bahan-Bahan
- 1 bungkus tepung beras
- 12 biji telur ayam
- 500 gm gula
- 5 helai daun pandan
Cara-cara Menyediakan
1Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
6* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
SIAP!!!!. Selamat Mencuba gais !!



RESEPI TERENGGGANU
NASI DAGANG

CARA PENYEDIAAN NASI

BAHAN - BAHAN :
- 4 cawan beras Jati
- 1 cawan beras pulut
- 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
- 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
- 1 sudu halba
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkaN.
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkaN.
CARA PENYEDIAAN LAUK :
BAHAN - BAHAN :

- Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
- Jangan buang air rebusan
- Bahan-bahan gulai :
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 1/2 sudu serbuk jintan manis
- 1/2 sudu serbuk jintan putih
- 2 hiris lengkuas (dikisar)
- 1 hiris halia (dikisar)
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 sudu cili mesin
- 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
- 1 1/2 liter santan
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kerisik
- 4 keping asam keping
- 1/2 buku kecil gula melaka.
- Sedikit Belacan
- 10 biji cili padi
- sedikit garam
Cara-cara : - 1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap! - CARA PENYEDIAAN ACAR TIMUN
- Timun
- Carrot
- Cili Merah dan Bawang
– SEMUA dihiris memanjang- 1 sudu gula
- 1 sudu garam
- 1 sudu cuka.
Cara-cara:1. Gaul sebati dan dihidang.
selamat mencuba !! fighting ! ✌✌✌
ISTIMEWA BUATMU WAHAI MAWAR AGAMA
💕💕💕💕 PUTERI KU SAYANG 💕💕💕💕
Cahaya nur Ilahi,
Menjadikan terang seluruh dunia,
Tanpa-Nya tiadalah kita,
Tiada-Nya tiadalah cinta,
Tanpa cinta tiadalah manusia.
Namun,
Cinta seharusnya dilahirkan dengan dasar cinta kepada Tuhan,
Di atas jalan lurus,
Di atas nama perjuangan,
Bukan namanya cinta barakah,
Tanpa didasari iman.
Kupohon dalam setiap rintihan doa,
Kumohon dalam sujudku,
Moga Baitul Muslim ini menjadi mahar syurga,
Anggotanya menjadi ahli-ahli syurga,
Hati-hati mereka dekat dengan Allah yang Esa.
Atas nama perjuangan,
Biar Baitul Dakwah ini hasilnya pejuang Islam,
Biar ikatan ini hasilnya hati-hati yang hampir dengan al-Quran,
Meng-islah seluruhnya menjadi perindu syurga ar-Rahman.
Baitul Muslimku,
Bukti kasihku pada as-Siratul Mustaqim,
Islahkan saudara,
Biar menjadi bukti wujudnya cinta kita,
Bahagia hingga syurga.
INSAN ISTIMEWA
💜💜💜💜💜
bagaikan noktah sedih penyudah cetera
tanda tamat pada segala kembara makna
rintih sang sasterawan kedengaran haru
selama menanti pengertian mudah daripada semua
diambang usia senja
saat senang terasa jauh bisa didakap
walau nama, gelaran serta bintang
tersusun terpelihara dia tetap gelisah
pada karenah tembok tebal dewan yang bermuka-muka
mungkin warga kota dan insan buana
tersentak simpati nasib perit perjuangan pujangga
atau ada berpaling malu untuk menerima
juga sesetengah masih langsung keliru lagi tidak peduli
akan dilema antara harga hasil karya dan hak diri
meski rajuk diselindung erat disimpan rapi
akhirnya tewas lalu limpah laju mengalir
dari diam waras bertukar berang keras
harapan terus menjadi laung amarah
(begitu lantang suara itu hari ini)
kini baru kami kenal
apa erti deritanya, apa erti bicaranya
panjang dengan kisah-kisah
luka dan berliku.
barangkali dalam hati
dengan nada kecewa dia isytihar :
“pena ini telah henti. Semangat kelmarin
sudah mati. Saya bosan menunggu dan dilayan sebegini.”
maka gemalah kalimat berani itu
setelah nekad serta putus arah
setelah semangat dibunuh gelagat birokrasi
maka dengan perlahan “hilang bintang di langit zaman”
sebelum kian terpadam dan dilupakan !
Istimewa buatmu ,
Sarjan Abdul Manap bin Alias. 💗
INSAN ISTIMEWA
💗💗💗💗Duhai Teman Duhai Sahabatku…💗💗💗💗
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya…
INSAN ISTIMEWA
💙💙💙 SAHABAT MATRIKULASI 💙💙💙
Masih ingatkah saat kita bersama dahulu
Mengikat tali persahabatan dengan begitu erat..
Yang mungkin tak seorangpun bisa melepasnya.
Untuk memisahkan kita semua.
Namun detik demi detik kian berlalu.
Semua telah hilang di telan zaman.
Bagaikan dedaunan yang terurai tanah.
Yang tak bisa kembali seperti semula.
Saat hati ini teringat pada kalian
Saat itu pula air mata ini keluar menetes
Saat mata ini melihat semua kenangan
Saat itu pula ku ingin bersama kalian
Apakah kita masih mampu bersama..?
Bercanda dan tertawa seperti dahulu lagi.
Namun, apakah itu hanya sebatas angin yang kian berlalu ?
Cuma waktu yang bisa menjawab itu semua.
Mengikat tali persahabatan dengan begitu erat..
Yang mungkin tak seorangpun bisa melepasnya.
Untuk memisahkan kita semua.
Namun detik demi detik kian berlalu.
Semua telah hilang di telan zaman.
Bagaikan dedaunan yang terurai tanah.
Yang tak bisa kembali seperti semula.
Saat hati ini teringat pada kalian
Saat itu pula air mata ini keluar menetes
Saat mata ini melihat semua kenangan
Saat itu pula ku ingin bersama kalian
Apakah kita masih mampu bersama..?
Bercanda dan tertawa seperti dahulu lagi.
Namun, apakah itu hanya sebatas angin yang kian berlalu ?
Cuma waktu yang bisa menjawab itu semua.
INSAN ISTIMEWA
💗💗💗💗
Aku terjatuh..
Mengejar bayang-bayang dirimu.
Jauh didalam hatiku.
Banyak pujian-pujian untukmu..
Aku diam..
Menatap jauh dirimu yang telah berjalan didepan meninggalkanku.
Aku menangis..
Merasa putus asa akan ketidak mampuanku.
Aku hanya duduk manis.
Berharap kau kembali dan menggandengku untuk berjalan bersamamu.
Sia-sia..
Aku tak dapat mengejarmu.
Aku terlalu jauh berbeda denganmu.
Kau selalu dipuji.
Selalu dibanggakan karena semua yang kamu miliki..
Sedangkan aku...!!!
Aku tak dapat mengikuti jejakmu.
Jejak yang membuat bangga mereka.
Kau yang selama ini jadi idolaku.
Kau yang selama ini jadi panutanku.
Aku....
Aku tak dapat menjadi seperti kamu.
Kau yang selalu tersenyum jika aku salah.
Kau yang selalu tertawa jika aku melucu.
Kau yang selalu menyemangati tiap langkahku.
Kau adalah orang terindah buatku.
Kau adalah orang terbaik dalam hidup ini.
Kau.....
Kau adalah kakakku.
Orang yang selalu membuat aku tertawa.
Orang yang selalu membuat aku tersenyum.
Kakak yang selalu menyayangi aku.
Aku sadar tak dapat menjadi sepertimu.
Karena pada dasarnya kita memang berbeda.
Jalan hidupmu dan jalan hidupku.
Tak pernah selalu sama.
INSAN ISTIMEWA
💗💗💗💗💗
Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
INSAN ISTIMEWA
💟💟💟💟
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)








